Tuesday, November 11, 2014

Gotong Royong Persediaan Audit Luar QE/5S

Part 2 - Gotong royong Persediaan Audit Luar QE/5S
Tarikh  :  12 November 2014

Pn Nafsiah bersama Cik Norziyana (Fasilitator kumpulan) membersihkan Pejabat Pentadbiran dengan mengecat sebahagian dinding yang kotor...tq uols...



Part 1 - Gotong royong Persediaan Audit Luar QE/5S
Tarikh  :  11 November 2014

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia....bersua kita lagi untuk post seterusnya...

Pada hari ini, tanggal 11 November 2014, ahli Nilam telah menjalankan aktiviti gotong royong di seluruh kawasan Nilam bagi membuat persediaan Pra Audit pada Khamis ni...


 Sempat berselfie sebelum bergotong royong..hihi

Pelbagai juadah disediakan berbentuk pot luck dari semua ahli Nilam.. Alhamdulillah, banyak gak menunye....anyway TQ Big Boss for the main sponsor..hehe

Mee kari ni I la yg buat..hehe

Ketua kumpulan Nilam sempat menghadiri mesyuarat bersama Jawatankuasa Pemandu QE/5S Pusat Kesihatan untuk membincangkan persediaan Pra-Audit Pensijilan Semula Pusat Kesihatan.


Turut hadir bersama ketua kumpulan/setiausaha kumpulan yang lain


 Membersihkan surau wanita

 Membersihkan surau lelaki

Membersihkan pantry bilik mesyuarat

 Mengemas peralatan alat tulis di stor peralatan pejabat

 Khusyuk tawaduk mengira stok...hihi

 Menampal poster di papan kenyataan lama sudut 5S

 As usual...selfie tetap wajib..haha

 Sudut poster NILAM berkenaan Lean Management dan Panduan Melayari Internet

Alhamdulillah semua perkara yang dirancang telah dapat dijalankan mengikut jadual.  Semoga semua staf Pusat Kesihatan lebih berjaya dan sentiasa ceria menjalankan tugas masing-masing di samping persekitaran yang aman damai..cheewaah.......Amin..



Monday, November 3, 2014

Inovasi dan Kreativiti NILAM

Inovasi Sudut Borang


Sebelum tercetusnya inovasi ini, petak borang telah disediakan di Pejabat Pentadbiran untuk memberi kemudahan kepada staf untuk mendapatkan borang yang diperlukan.  Walau bagaimanapun, didapati kebanyakan borang tidak digunakan kerana borang tersebut boleh didapati secara online atau softcopy.


Melalui perbincangan ahli kumpulan, dipersetujui untuk menukar sudut borang kepada e-borang yang mana folder tersebut disimpan di desktop PAR Pejabat Pentadbiran dan boleh dicetak terus ke mesin fotostat sekiranya diperlukan.

Penambahbaikan telah dibuat dengan menukarkan kedudukan e-borang ke dalam server Pusat Kesihatan. E-borang kini boleh diakses oleh semua staf Pusat Kesihatan di tempat masing-masing.

 Wajah terkini eBorang Pusat Kesihatan UiTM



Inovasi dan kreativiti NILAM

Inovasi Pelaksanaan Sistem Elektronik Untuk Penyampaian Maklumat Memo Ketua Jabatan

NILAM telah menghasilkan inovasi ini oleh kerana berlakunya kelewatan untuk menyampaikan sesuatu maklumat dari Pengarah Pusat Kesihatan.



Hasil dari inovasi ini, Jabatan telah dapat menjimatkan kos sebanyak RM 13,320.00 setahun dan penjimatan masa sebanyak 19,600 minit setahun.


Kepuasan hati pelanggan yang terdiri dari staf pusat Kesihatan juga meningkat melalui analisis soal selidik yang telah dijalankan.