Tuesday, April 11, 2017

Gotong Royong Nilam bulan April 2017

Pada 11 April, kumpulan Nilam telah mengadakan perbincangan dalaman dan gotong royong sempena audit yang akan diadakan pada 12 April 2017.

Gotong royong melibatkan pemindahan barang-barang dari stor Unit Kesihatan Awam.










Projek Kasih Nadi oleh Nilam 2

Untuk makluman, projek Kasih Nadi Nilam untuk kali ini telah disumbangkan oleh suami Pn Nafsiah iaitu En. Mohd. Rawi b. Omar. Terima kasih daun keladi En. Rawi.






Wednesday, April 5, 2017

Senamrobik Kempen Kesihatan sempena Hari Kesihatan Sedunia 2017

Bermula 5 hingga 7 April 2017, Pusat Kesihatan telah mengadakan Kempen Kesihatan sempena Hari Kesihatan Sedunia 2017.  Pelbagai program akan diadakan diadakan termasuklah pemeriksaan kesihatan, pemeriksaan payu dara, derma darah dan senamrobik.

Pada 5 April 2017 bertempat di perkarangan luar bangunan Annexe Pusat Kesihatan, program senamrobik telah diadakan hasil bimbingan dan tunjukajar dari pelajar-pelajar Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM Shah Alam.








Ahli kumpulan NILAM turut menjayakan program senamrobik 


Tuesday, April 4, 2017

Taklimat EKSA dari pihak MAMPU

Pada 20 Februari 2017, Pusat Kesihatan telah  menerima lawatan dari Pn Norfadzilah, auditor pihak MAMPU.  


Sesi bergambar-gambar beramai


Ketua dan Setiausaha kumpulan turut hadir mendengar taklimat EKSA


Kata-kata aluan dari Pengarah Pusat Kesihatan


Pn Norfadzilah menerangkan taklimat ringkas berkaitan Pengenalan Kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam


Pn Norfadzilah membuat lawatan tapak ke kumpulan Nilam





Sekalung perhargaan kepada Pn Norfadzilah

Majlis Doa Selamat dan Persaraan Pn. Khalijah Omar

Pada 3 April 2017, kumpulan Nilam telah mengadakan jamuan meraikan persaraan Pn Khalijah Omar dan doa selamat untuk En Kamaruddin sempena mengerjakan umrah.




Pelbagai juadah berbentuk potluck disajikan





Antara tetamu terdiri dari keseluruhan staf Pusat Kesihatan dijemput untuk memeriahkan majlis






Terima kasih kepada semua ahli kerana menjayakan jamuan ini..dan terima kasih kerana semua staf yang sudi hadir..

Aerobik Pusat Kesihatan bersama pelajar FSR

Pada 30 Mac 2017, kumpulan Nilam telah terlibat dalam program Aerobik bersama pelajar FSR di perkarangan bangunan Annexe Pusat Kesihatan










Tahniah En Ekhwan, Pn Haszlina dan Pn Norazah kerana telah memenangi kategori exercise yang dijalankan