Tuesday, August 7, 2018

Jamuan Hari Raya Pusat Kesihatan

Pada 10 Julai 2018, Pusat Kesihatan telah mengadakan jamuan hari raya Aidilfitri bertempat Bangunan Annexe Pusat Kesihatan.

Nilam sekali lagi telah dipilih untuk mengendalikan jamuan bersama Kelab Pusat Kesihatan dan menjadi host bagi perhimpunan bulanan.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan termasuk lucky draw, pemberian duit raya dan tidak lupa pertandingan pakaian tercantik mengikut tema bagi lelaki dan wanita.


En Shafiq dan Pn El Leza sebagai pengacara majlis












Finalist bagi pakaian tercantik wanita


Finalist bagi pakaian tercantik lelaki



Tahniah En Faud 






Tahniah Pn Afzan


Terima kasih tidak terhingga kepada semua ahli kumpulan Nilam kerana telah memberikan kerjasama yang sungguh awesome dan terbaek bagi  menjayakan majlis ini.....

Gotong royong persiapan Jamuan Hari Raya Pusat Kesihatan

Pada 9 Julai 2018, Nilam telah mengadakan aktiviti gotong royong bagi persiapan backdrop untuk Jamuan Hari Raya Aidilfitri Pusat Kesihatan.

Gazebo dan buai kayu telah dipinjamkan khas dari Encik Razis dari kampung Sg Kandis dipilih sebagai hiasan untuk jamuan pada kali ini.














Terima kasih sekali lagi kepada semua ahli Nilam yang telah bergotong royong menyiapkan perhiasan ini.  Uols memang terbaek....

Jamuan Aidilfitri Nilam

Pada 27 Jun 2018, Nilam telah membuat jamuan raya Aidilfitri kepada seluruh warga Pusat Kesihatan.  Jamuan berbentuk potluck dari ahli kumpulan masing-masing.  Pelbagai juadah dihidangkan termasuklah laksa johor, bolognese, laksam, ketupat, ketupat palas, asam pedas ikan jenahak, ayam masak rendang, ayam masak  merah, lemang, rendang daging, daging deng deng, kuah kacang, kek-kek, agar-agar, karipap, buah-buahan dan teh tarik kaw....









Alhamdulillah, Nilam merasa amat gembira dapat menjamu semua staf Pusat Kesihatan.  Tq alls.

Tuesday, May 15, 2018

Jamuan Perpisahan untuk Encik Abdul Rasid

Pada 30 April Nilam telah mengadakan jamuan perpisahan untuk En Rasid yang akan menamatkan perkhidmatan di UiTM dan mula bertugas di Majlis Perbandaran Selayang mulai 2 Mei 2018.







Selamat Maju Jaya diucapkan kepada En Rasid semoga terus cemerlang di tempat kerja yang baru.


Tidak lupa juga acara sambutan belated birthday untuk Dr Zaiton....


Thursday, January 11, 2018

Audit Dalaman EKSA Bil 1 2018

Pada 10 Januari 2018, audit dalaman EKSA bil 1/2018 telah dijalankan.

Untuk kawasan Nilam, auditor En Mohd Faud dan Pn Nor Hazirah telah datang untuk menjalankan penguditan di seluruh kawasan dan juga audit dokumen.








Terima kasih auditor di atas cadangan dan ulasan yang telah dibuat ke atas Nilam.