Pada 12-15 Februari 2014, JK QE/5S Pusat Kesihatan telah mengadakan lawatan ke UiTM Kota Samarahan dan Baitulmal di Kuching, Sarawak. Hari kedua kami ke UiTM Kota Samarahan untuk mempelajari dan mengetahui aktiviti-aktiviti Kualiti dan 5S yang diamalkan disana. Selepas diberi taklimat di Pejabat Pentadbiran kami dibawa ke Unit Kesihatan di sana. Jom kita layan gambar-gambar kat bawah ni
Pada sebelah petang pula, kami ke Baitulmal Kuching untuk mempelajari dan mendalami lagi mengenai aktiviti 5S disana. jom layan gambar lagi... heheheh..
Yeayyy... tiba hari yang dinantikan oleh kitorang semua ialah sooooopingggg. Ok, bab ni semua kawan-kawan semangatt kan.. Soping la katekan..Hari ke tiga tu kami ke Waterfront utk beli kek lapis. Tapi kebanyakan kawan-kawan dah beli di kedai Dayang n Dayang di Taman Puteri, Petrajaya... sedappp kek lapis kat situ. hihihihi.. Lepas tu kitorang ke Pasar Satok nak beli ikan terubuk masin. Kat cini bukan setakat diorang beli ikan masin tu tapi beli udangggg besarrrr yg fresh2 tauu. Dahla udang besar2 murah lak tu. Last day tu kami semua ke pasar Sariken. Masing-masing kena bangun pagi utk gerak kepasar tersebut.
No comments:
Post a Comment