Tuesday, August 11, 2015

Inovasi berkaitan stok peralatan alatulis di stor pejabat

Sebelum ini pengiraaan stok alatulis pejabat dilakukan secara manual oleh PYB iaitu Puan Nafsiah Othman iaitu menggunakan kad petak.  Masalah yang sering dihadapi termasuklah kesukaran PYB mendapatkan bilangan stok terkini dengan cepat dan juga mengenal pasti stok minima peralatan.  Ini menyebabkan PYB kadangkala terlepas pandang dalam proses pembelian stok baru.

Melalui hasil perbincangan ahli kumpulan, telah dipersetujui untuk mewujudkan satu fail alatulis di komputer PYB dan pengiraan boleh sentiasa dikemaskini dengan pantas dan cepat.  Ini memudahkan pegawai tersebut mengkses stok minima dengan lebih cepat.

Hasil penambahbaikan dari inovasi yang dilakukan adalah menjimatkan masa pencarian baki stok minima peralatan alatulis dan pegawai tersebut lebih terlatih menggunakan sistem elektronik.
Insyaallah, kumpulan akan melakukan penambahbaikan sistem secara elektronik.


No comments:

Post a Comment