Susulan dari audit perjawatan yang telah dijalankan di Pusat Kesihatan pada 10 Disember 2015 yang lalu, Pengarah telah memutuskan bermula dari tahun 2016 semua staf diminta menulis aktiviti dan tugasan harian masing-masing di dalam Buku Catatan Harian Staf Pusat Kesihatan. Ini adalah bertujuan untuk menjadikan staf Pusat Kesihatan lebih berdisiplin dan peka terhadap tugas masing-masing.
Kumpulan Nilam telah mengambil inisiatif untuk membuat Buku Catatan Harian Staf Pusat Kesihatan menggunakan kreativiti sendiri. Kertas helaian di dalam buku juga menggunakan kertas yang diambil dari Unit Percetakan .
Alhamdulillah buku ini dapat disiapkan dengan pantas. Buku ini juga telah dapat diserahkan kepada semua staf Pusat Kesihatan oleh Pengarah Pusat Kesihatan pada perhimpunan bulanan Disember yang diadakan pada 23 Disember 2015.
Syabas diucapkan kepada semua ahli kumpulan.
No comments:
Post a Comment