Tuesday, October 22, 2019

Gotong Royong Nilam sempena Audit bil 2/2019

Aktiviti : Gotong Royong Kumpulan Nilam
Tarikh : 22 Oktober 2019
Tempat : Kawasan persekitaran Nilam. Kawasan tumpuan di bilik stor dan merincih fail Pusat Kesihatan yang telah mendapat kelulusan dari Arkib Universiti. Walau bagaimanapun, ahli kumpulan Nilam turut membersihkan tempat dan kawasan masing-masing.









Majlis Perpisahan Pn. Nafsiah dan Pn. Siti Mahmudah

Pada 30 Ogos 2019, satu majlis perpisahan Puan Nafsiah Othman dan Puan Siti Mahmudah Sarbini diadakan untuk meraikan mereka di hari terakhir di UiTM Shah Alam. Mereka berkhidmat sebagai Kerani Kanan lebih 30 tahun. 

Warga Pusat Kesihatan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada mereka diatas khidmat bakti sepanjang di Universiti Teknologi MARA.










Thursday, May 16, 2019

Majlis Perpisahan Pn Hafizah Mohamed

Majlis perpisahan Pn. Hafizah sebagai setiausaha pejabat diadakan pada 3 Mei 2019. Beliau mendapat tawaran sambung belajar ke UiTM Puncak Alam. Good luck kak fizah!!




Sudut Go Green Kumpulan Nilam

Sudut Go Green kumpulan Nilam terletak di aras 2. Terdapat tiga bahan yang dikitar semula iaitu sampul surat terpakai, surat khabar lama dan kertas terpakai. Hasil jualan kitar semula akan digunakan untuk aktiviti kumpulan.

Tuesday, August 7, 2018

Jamuan Hari Raya Pusat Kesihatan

Pada 10 Julai 2018, Pusat Kesihatan telah mengadakan jamuan hari raya Aidilfitri bertempat Bangunan Annexe Pusat Kesihatan.

Nilam sekali lagi telah dipilih untuk mengendalikan jamuan bersama Kelab Pusat Kesihatan dan menjadi host bagi perhimpunan bulanan.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan termasuk lucky draw, pemberian duit raya dan tidak lupa pertandingan pakaian tercantik mengikut tema bagi lelaki dan wanita.


En Shafiq dan Pn El Leza sebagai pengacara majlis












Finalist bagi pakaian tercantik wanita


Finalist bagi pakaian tercantik lelaki



Tahniah En Faud 






Tahniah Pn Afzan


Terima kasih tidak terhingga kepada semua ahli kumpulan Nilam kerana telah memberikan kerjasama yang sungguh awesome dan terbaek bagi  menjayakan majlis ini.....

Gotong royong persiapan Jamuan Hari Raya Pusat Kesihatan

Pada 9 Julai 2018, Nilam telah mengadakan aktiviti gotong royong bagi persiapan backdrop untuk Jamuan Hari Raya Aidilfitri Pusat Kesihatan.

Gazebo dan buai kayu telah dipinjamkan khas dari Encik Razis dari kampung Sg Kandis dipilih sebagai hiasan untuk jamuan pada kali ini.














Terima kasih sekali lagi kepada semua ahli Nilam yang telah bergotong royong menyiapkan perhiasan ini.  Uols memang terbaek....

Jamuan Aidilfitri Nilam

Pada 27 Jun 2018, Nilam telah membuat jamuan raya Aidilfitri kepada seluruh warga Pusat Kesihatan.  Jamuan berbentuk potluck dari ahli kumpulan masing-masing.  Pelbagai juadah dihidangkan termasuklah laksa johor, bolognese, laksam, ketupat, ketupat palas, asam pedas ikan jenahak, ayam masak rendang, ayam masak  merah, lemang, rendang daging, daging deng deng, kuah kacang, kek-kek, agar-agar, karipap, buah-buahan dan teh tarik kaw....









Alhamdulillah, Nilam merasa amat gembira dapat menjamu semua staf Pusat Kesihatan.  Tq alls.