Thursday, August 27, 2015

Perhimpunan Bulan Ogos 2015

Pada tanggal 14.08.2015 Nilam telah menjadi penganjur bagi perhimpulan Bulan Ogos 2015 Pusat Kesihatan.  Idea ini adalah cetusan dari Pengarah pada saat-saat akhir, namun Nilam telah dapat melaksanakan tanggungjawab ini dengan jayanye.... TQVM kepada semua ahli yang membantu....


Pendaftaran jam latihan telah dilakukan secara online oleh Puan Nafsiah

Puan Siti Mahmudah sebagai pengacara majlis


Staf Pusat Kesihatan bersama-sama menyanyikan lagu Negaraku dan Wawasan Setia UiTM

Bacaan doa oleh En Saifullah

Penerangan mengenai nilai dan etika staf dalam tajuk Amanah oleh En Saiful Nazran

 Sesi perkongsian ilmu oleh Puan Nik Aima Mohd Nor

Pembentangan inovasi kumpulan Berlian oleh Puan Afidah Ibrahim


Pengenalan diri staf baharu bertugas di Pusat Kesihatan
1.  Dr Wan Mohamad Izham Wan Ismail (gambar atas)
2.  Mohd Hafiz Abdul Rahman (gambar bawah)

Ucapan Pengarah Pusat Kesihatan

Perhimpunan tamat pada jam 4.30 petang...

PROFILE AHLI NILAM







































Tuesday, August 11, 2015

Inovasi berkaitan stok peralatan alatulis di stor pejabat

Sebelum ini pengiraaan stok alatulis pejabat dilakukan secara manual oleh PYB iaitu Puan Nafsiah Othman iaitu menggunakan kad petak.  Masalah yang sering dihadapi termasuklah kesukaran PYB mendapatkan bilangan stok terkini dengan cepat dan juga mengenal pasti stok minima peralatan.  Ini menyebabkan PYB kadangkala terlepas pandang dalam proses pembelian stok baru.

Melalui hasil perbincangan ahli kumpulan, telah dipersetujui untuk mewujudkan satu fail alatulis di komputer PYB dan pengiraan boleh sentiasa dikemaskini dengan pantas dan cepat.  Ini memudahkan pegawai tersebut mengkses stok minima dengan lebih cepat.

Hasil penambahbaikan dari inovasi yang dilakukan adalah menjimatkan masa pencarian baki stok minima peralatan alatulis dan pegawai tersebut lebih terlatih menggunakan sistem elektronik.
Insyaallah, kumpulan akan melakukan penambahbaikan sistem secara elektronik.


Sambutan Aidilfitri dan aktiviti kumpulan

Pada 10 Ogos 2015 (Isnin) gotong royong nilam telah diadakan serentak dengan sambutan aidilfitri kumpulan.  Aktiviti dimulakan dengan perbincangan ahli tentang aktiviti-aktiviti terkini kumpulan Nilam serta pemilihan AJK Latihan kumpulan menggantikan En Roslanshah yang telah berhenti dari UiTM.





Semua kumpulan 5S Pusat Kesihatan telah dijemput untuk memeriahkan majlis Nilam.  Semua ahli telah menyumbang jamuan berbentuk potluck hidangan hari raya.



Ahli bergambar dengan hamper kemenangan...Alhamdulillah...Nilam telah berjaya merangkul Johan Pertandingan Kumpulan Paling Cemerlang 2014.


Ahli membuka hamper hasil kemenangan kumpulan Nilam 


Riang Ria Raya Aidilfitri Pusat Kesihatan UiTM 2015

Pada hari jumaat, 7 Ogos 2015 JK Kelab dan Kekitaan dengan kerjasama kumpulan berlian telah menganjurkan Jamuan Hari Raya Aidilfitri bertempat di bilik mesyuarat. Berbagai-bagai menu makanan yang disediakan dari setiap kumpulan untuk tetamu yang hadir. 

Ceramah agama juga turut diadakan sebelum sambutan majlis raya bermula

persiapan makanan... 

laksa johor in the house yaww!!

Jejaka-jejaka 'sado' Pusat Kesihatan..

Tetamu VVIP. TNC HEP

Alumni Pusat Kesihatan juga diejmput hadir


Ketua-Ketua Bahagian HEP


TAHNIAH NILAM!! kerana menjadi Johan dalam Kumpulan Paling Cemerlang 2014

Semua staf Pusat Kesihatan bergambar bersama-sama TNC HEP, Ketua-ketua Bahagian HEP serta alumni staf Pusat Kesihatan






SALAM AIDILFITRI :) semoga kita berjumpa lagi pada tahun hadapan. Insyaallah.