Tuesday, June 16, 2015

Sambutan Hari Pekerja, QE5S dan Jururawat Pusat Kesihatan

Assalamualaikum dan salam sejahtera 1 Malaysia...

Pada 12 Jun yang lalu, Pusat Kesihatan telah mengadakan sambutan hari pekerja, hari QE/5S dan hari Jururawat semasa perhimpunan bulanan bagi bulan Mei dan Jun 2015.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Dr Shairul'azam Sahar dari Kumpulan Nilam kerana telah dianugerahkan sebagai Pekerja Contoh Pusat Kesihatan 2014.  


Pada perhimpunan tersebut juga diadakan Anugerah Pekerja Sihat Pusat Kesihatan iaitu kepada staf yang tidak pernah mengambil cuti sakit pada tahun 2014.

Jutaan tahniah juga diucapkan kepada beberapa ahli kumpulan Nilam iaitu Dr Shairul'azam, Dr Nik Kamaruddin, Dr Dzulkifli, En Khairul Anam dan Matron Siti Katijah kerana telah menerima anugerah tersebut.

En Khairul Anam menerima sijil anugerah Pekerja Sihat

Mohon maaf gambar ahli yang lain tidak dapat disertakan...sedang dalam proses..hihi

Ok..sekian sahaja...bersambung nanti ye...