Wednesday, February 4, 2015

Pertandingan Kumpulan Harmoni

Pada bulan Disember 2014, Jawatankuasa Promosi QE/5S Pusat Kesihatan telah mengadakan Pertandingan Kumpulan Harmoni QE/5S Pusat Kesihatan.  Antara kriteria yang dipertandingkan ialah keseragaman kumpulan, penglibatan dan kerjasama ahli kumpulan, keselamatan dan kebersihan kawasan juga persekitaran bersih, selamat dan kondusif.

Penyampaian sijil telah diadakan pada 23 Januari 2014 semasa perhimpunan bulanan Januari 2014.   Alhamdulillah, kemenangan berpihak kepada Kumpulan Nilam setelah dianugerahkan Kumpulan Paling Harmoni QE/5S Pusat Kesihatan UiTM.



Ahli kumpulan bergambar sebelum majlis dimulakan

Majlis persaraan untuk Pn Hjh Ainon dan perpisahan Pn Iadah juga turut diraikan

Penyampaian sijil kumpulan harmoni oleh Pengarah Pusat Kesihatan

Ketua Kumpulan Nilam juga telah menerima anugerah Employee of the Month. Congrates....

Tahniah semua ahli Kumpulan Nilam!

NILAM D'GREAT....

Seminar OSH Pengurusan Kesihatan IPTA

Pada 27-28 Januari 2015, Pusat Kesihatan telah mengadakan Seminar OSH Pengurusan Kesihatan IPTA di Dewan Sri Impian Hotel UiTM. Seminar ini telah dihadiri dari staf Unit Kesihatan UiTM Cawangan dan Unit Kesihatan IPTA dari seluruh Malaysia.


Urusetia seminar yang mana terdiri dari ahli kumpulan Nilam

Ketibaan TNC (P&I) disambut oleh Dr Zaiton, Dr Dzulkifli, Dr Nik Kamaruddin dan Pn Hafizah yang kesemuanya terdiri dari ahli kumpulan Nilam


Taklimat ringkas dari Pengarah Pusat Kesihatan kepada TNC (P&I) sebelum majlis perasmian

Seminar ini telah dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) iaitu
Prof. Ir. Dr. Haji Abdul Rahman Omar

En Khairul Anam selaku pengacara majlis



Tahniah diucapkan kepada semua ahli kumpulan Nilam terutamanya kepada semua staf Unit Kesihatan Awam di atas kejayaan menganjurkan seminar ini.

MAJLIS PERSARAAN PN. ZEAIMAH KERANI TINGKATAN KANAN

Pada 5 Disember 2014, Pn Zeaimah Mohd Jonis, Kerani Kanan telah diraikan pada perhimpunan bulanan Pusat Kesihatan.  Beliau akan bersara pada 14 Disember 2014.


Sempat berselfie...
Kata-kata keramat terakhir dari Puan Zeaimah

Dr Zaiton menyaampaikan sumbangan dari Pusat Kesihatan

Kek sumbangan dari ahli kumpulan Nilam


Pada 12 Disember 2014 merupakan hari terakhir Pn Zeaimah berkhidmat di Pusat Kesihatan


Pn Zeaimah mengetuk kad perakam waktu sewaktu pulang.

Kumpulan Nilam meraikan majlis perpisahan di Johnny's Steamboat, Bukit Raja Klang.  Ahli kumpulan beserta fasilitator kumpulan hadir memeriahkan majlis.



Sambutan hari jadi bagi bulan Disember juga diraikan..hihi 







Semoga Pn. Zeaimah sihat dan ceria disamping keluarga tercinta selepas persaraan ini.

Amin Ya Rabbal Alamin......

AUDIT QE/5S MPC 2014

Assalamualaikum..

Pada 10 Disember 2014 yang lalu, Pusat Kesihatan telah menerima kunjungan dari auditor ygang berpengalaman yang dilantik oleh MPC iaitu En. Mohd Rizal Ayob untuk membuat audit Pensijilan Semula Amalan Berkualiti QE/5S 2014.

Semua ahli Jawatankuasa Pemandu QE/5S bersama Ketua dan Setiausaha Kumpulan hadir  
bersama-sama

Kata-kata aluan dari auditor

Lawatan ke Pejabat Pentadbiran

Ketua Kumpulan Nilam memberi penerangan tentang hasil inovasi dan kreativiti kumpulan


Ketua kumpulan memberi penerangan serba sedikit tentang sistem susunan kertas dan peralatan pejabat di Stor Alat Tulis

Auditor memeriksa fail-fail di Bilik Fail

Ucapan penutup oleh auditor....Alhamdulillah Pusat Kesihatan layak diberi pensijilan semula 

Pemberian saguhati kepada En. Mohd Rizal Ayob

Tahniah warga Pusat Kesihatan khususnya ahli Kumpulan Nilam.