Wednesday, October 5, 2016

Kursus Staf Baharu dan Pemantapan Auditor QE/5S 2016

Pada 28 September 2016 bertempat di Bilik Mesyuarat Pusat Kesihatan, Jawatankuasa Induk QE/5S Pusat Kesihatan telah mengadakan kursus staf baharu dan pemantapan auditor. Ia bertujuan memberi latihan kepada staf yang baharu masuk ke Pusat Kesihatan untuk memperkenalkan sistem QE/5S di Pusat Kesihatan.  Staf baharu kumpulan nilam ialah En. Ekhwan Shafiq, Pn. Norhidayah, En. Kamaruddin, En. Hafiz, En. Fazreen dan Pn. El Leza Fatehah.