Tuesday, April 19, 2016

Pertandingan Laci Individu Nilam D'Great

Sempena Pertandingan Laci 1 Individu 1 Kumpulan yang akan dijalankan oleh Jawatankuasa Promosi QE/5S Pusat Kesihatan pada 20 April 2016, kumpulan Nilam telah mengadakan pertandingan di peringkat ahli-ahli kumpulan Nilam pada 18 April 2016.

Seramai 7 orang ahli telah menyertai pertandingan tersebut.  Juri-juri pertandingan terdiri dari Dr Zaiton Nasir, Pn Haszlina Bujang dan Pn Hafizah Mohamed.


Pengauditan sedang dijalankan









Antara laci-laci peserta yang dipertandingkan

Alhamdulillah semua peserta telah bertungkus lumus menghias laci masing-masing mengikut idea dan kreativiti masing-masing.

Penyampaian hadiah telah disampaikan oleh Dr Zaiton Nasir..Hadiah berupa barangan tupperware sumbangan peribadi dari Ketua Kumpulan...







Tahniah kepada para pemenang..terutama kepada Pn Latifah yang telah mendapat tempat pertama...Syabas dan Bravo diucapkan...hehe

Hadiah penghargaan kepada juri juga tidak dilupakan...terima kasih Dr Zaiton dan Pn Haszlina kerana sudi mengadili pertandingan...




Gambar Pemenang..syabas semua



Thursday, April 7, 2016

Wednesday, April 6, 2016

Kaizen Sudut Keberadaan Nilam

Hasil dari perbincangan kumpulan, Nilam telah membuat kaizen bagi sudut keberadaan Nilam bagi semua ahli kumpulan Nilam.

Sudut keberadaan telah dibahagikan kepada 4 unit iaitu Unit Pentadbiran, Unit Kesihatan Awam, Unit Teknologi Maklumat dan Unit Pengurusan Klinik Panel.



Sudut Keberadaan yang terkini