Wednesday, November 30, 2016

Audit Dalaman Nilam bil 3/2016

Pada 30 November 2016, audit dalaman QE/5S telah diadakan di Pusat Kesihatan. 2 orang auditor iaitu Pn. Hamidah Madu dan Pn. Nor Hazirah Ismail telah membuat audit di kawasan nilam. Audit telah dijalankan di seluruh kawasan nilam.

 Ketua dan setiausaha kumpulan bergambar bersama auditor


 Audit dokumen sedang dijalankan

 Audit di bilik pegawai



 Audit stor pejabat




Tahniah kepada semua ahli kumpulan nilam kerana telah bersungguh-sungguh membersihkan kawasan masing-masing.

Terima kasih juga kepada para auditor di atas teguran dan cadangan yang diberikan.

Tuesday, November 29, 2016

Inovasi Rekod Pengambilan Borang Skim Perkhidmatan Perubatan

Sebelum ini Unit Klinik Panel hanya merekodkan pengambilan borang skim perkhidmatan perubatan secara manual.  Ini menyebabkan kesukaran untuk mendapatkan bilangan stok yang terkini dan juga mengenalpasti kawalan kekerapan klinik yang terlibat.



Hasil dari perbincangan ahli kumpulan, telah dipersetujui untuk mewujudkan fail Rekod Pengambilan Borang Skim Perkhidmatan Perubatan di dalam komputer PYB Unit Klinik Panel.


Hasil Penambahbaiikan dari inovasi ini adalah dapat menjimatkan masa pencarian baki stok minima borang skim perkhidmatan perubatan dan juga memudahkan kawalan kekerapan pengambilan borang oleh klinik-klinik tertentu.

Latihan membuat label alatulis di laci padestel

Pada 28 November 2016, Pn Nafsiah dan Pn Hidayah telah memberikan tunjukajar kepada staf baharu iaitu En Mohd Razis cara membuat label alatulis di laci padestel.

En Razis telah menggunakan kotak recycle sebagai menggantikan shelf divider untuk diletakkan alatulis tersebut.







Gambar laci sebelum label

Gambar laci selepas label

Gotong Royong Kumpulan Nilam November 2016

Dua hari sebelum audit dalaman diadakan, kumpulan nilam telah mengadakan gotong royong pembersihan kawasan. Kawasan yang dibersihkan ialah bilik utiliti, pantry, kawasan pejabat,  bilik mesyuarat dan lain-lain.















Monday, November 28, 2016

Majlis Perpisahan Pn. Erazni Omar dari Pusat Kesihatan

Selepas meraikan jamuan perpisahan Pn. Erazni dari kumpulan Nilam, dua hari kemudian iaitu 28 Oktober 2016, Kelab Kekitaan Pusat Kesihatan juga mengadakan jamuan beliau. Majlis diadakan pada pukul 2.30 petang bertempat di Bilik Mesyuarat Pusat Kesihatan. Pejabat Kumpulan Nilam telah memberi hadiah pada Pn. Erazni iaitu satu set tupperware. Kelab Pusat Kesihatan dan kumpulan zamrud juga telah memberi hadiah pada beliau.





Majlis Perpisahan Pn. Erazni Omar dari Kumpulan Nilam

Pada 27 Oktober 2016 yang lepas, kumpulan Nilam telah mengadakan jamuan perpisahan kerana beliau akan berhenti dari UiTM Shah Alam dan berpindah ke Pusat Kesihatan UPNM berkuatkuasa pada 1 November 2016. Oleh itu, kumpulan Nilam telah mengadakan jamuan makan sempena perpindahan beliau. Seperti biasa, menu potluck dari setiap ahli kumpulan Nilam. Antara menu yang dihidangkan ialah nasi beraneka lauk dan desert buah-buahan berserta aiskrim. 

Sebelum itu, ahli kumpulan Nilam telah bermesyuarat iaitu membincangkan dapatan audit yang lepas.









Akhir kata dari Kumpulan Nilam, semoga terus berjaya ditempat baru Pn. Erzani Omar.