Wednesday, October 15, 2014

Lawatan Penandarasan ke UiTM Kota Samarahan dan Baitulmal Kuching, Sarawak

Pada 12-15 Februari 2014, JK QE/5S Pusat Kesihatan telah mengadakan lawatan ke UiTM Kota Samarahan dan Baitulmal di Kuching, Sarawak. Hari kedua kami ke UiTM Kota Samarahan untuk mempelajari dan mengetahui aktiviti-aktiviti Kualiti dan 5S yang diamalkan disana. Selepas diberi taklimat di Pejabat Pentadbiran kami dibawa ke Unit Kesihatan di sana. Jom kita layan gambar-gambar kat bawah ni











Pada sebelah petang pula, kami ke Baitulmal Kuching untuk mempelajari dan mendalami lagi mengenai aktiviti 5S disana. jom layan gambar lagi... heheheh..








Yeayyy... tiba hari yang dinantikan oleh kitorang semua ialah sooooopingggg. Ok, bab ni semua kawan-kawan semangatt kan.. Soping la katekan..Hari ke tiga tu kami ke Waterfront utk beli kek lapis. Tapi kebanyakan kawan-kawan  dah beli di kedai Dayang n Dayang di Taman Puteri, Petrajaya... sedappp kek lapis kat situ. hihihihi.. Lepas tu kitorang ke Pasar Satok nak beli ikan terubuk masin. Kat cini bukan setakat diorang beli ikan masin tu tapi beli udangggg besarrrr yg fresh2 tauu. Dahla udang besar2 murah lak tu.  Last day tu kami semua ke pasar Sariken. Masing-masing kena bangun pagi utk gerak kepasar tersebut.









rasenye setakat ni entry paling panjang kot.. hihihi.. Wassalam..

Aktiviti : kaji semula sistem label dan tampalan

Selepas dikaji semula, didapati beberapa sistem pelabelan tidak sesuai digunakan di beberapa tempat di Pusat Kesihatan. Oleh itu, inisiatif kumpulan nilam telah melaksanakan aktiviti menanggalkan label yang tidak bersesuaian di sesuatu tempat di kumpulan Nilam. Contoh gambar dibawah menunjukkan keberadaan Pegawai Perubatan ditampal dipintu masuk. Label pegawai bertanggungjawab masih dikekalkan.

Keberadaan pegawai dilekatkan dipintu

Ahli kumpulan Nilam sedang menanggalkan label
Selepas menanggal label. Kesan-kesan pita pelekat akan hilang selepas dibersihkan untuk mengelakkan teguran daripada auditor.

Tuesday, October 14, 2014

Blog kumpulan QE/5S Pusat Kesihatan

Kite bersiaran langsung dari bilik latihan IT PK. Mereka sedang belajar utk buat blog utk kumpulan masing-masing. En. Helmi sbg Pen. Peg. Teknologi Maklumat telah memberi tunjuk ajar kepada setiap wakil kumpulan masing-masing. Good luck uollss

Saturday, October 4, 2014

Lawatan Kualiti Ke UiTM Pahang dan aktiviti best di Taman Negara

Salam pagi semua...

Pada 28-30 Mei 2013 (setahun lebih baru nk update..hihihihi) seramai lebih 30 orang staf Pusat Kesihatan telah dipilih sbg peserta lawatan Kualiti ke UiTM Pahang. Jawatankuasa Unit Kualiti Pusat Kesihatan telah memilih UiTM Pahang disebabkan mereka telah memulakan LEAN Management. Kalo korang nak tahu Lean Management ni ialah selepas pengamalan QE/5S.. lebih kurang gitulah maksudnye.. So, di UiTM Pahang kitorang telah belajar serba sedikit mengenai amalan Lean Managment yang diamalkan oleh diorg. 

 masing-masing happy face





 susunan fail di Unit Kesihatan UiTM Pahang



Pada keesokan harinya aktiviti yg kitorang ternanti2kan... beriadah di Taman Negara uolllss!! hoyeaahh.. masing-masing excited nak naik bot tau. padehal xtau mase naik tu kena simbah air dalam bot.. hihihihi... bestnyee kalo tringat blk mase naik bot kena simbah2 air tu.. bos, buat aktviti mcm ni lagi boley tak? weoolsss enjoy sgt! hohohohoho..

 ready nak naik bot utk ke perkampungan orang asli


 mase ni masing2 baju basah lencun.. dahla baju basah lepas trun dari bot tu kena naik bukit la pegang tali. walaopun penat tp ktorg tetap njoy. bergambar dgn tok batin.

 aktiviti wanita orang asli..buat sikat n etc..

 weewiittt!!


 time kasih tok batin krn mnerima kedatangan kami


Malam tu kitorang ade jungle night aktiviti!! menjelajah hutan di waktu mlm tapiiii dgn bantuan abang2 renjer yg ensem2 gitew!! hahahaha... tapi sayang takde gambar. mlm tu ktrg dpt tgk reptilia yg kluar wktu mlm cthnye mcm cicak, ular, spider, lipan yg besar2 okeh.. Dan esok paginye kitorang masuk hutan sekali lagi kali abg renjer nk bawak naik jambatan gantung paling tggi. 







 ni la abang2 renjer yg guide kitorg




lepas penattt naik bukit trun bukit masuk hutan kluar hutan kitorang balik ke base kem makan dulu dan kemudian bersiap2 utk pulang ke shah alam. 

Friday, October 3, 2014

Pensijilan pertama oleh MPC untuk Pusat Kesihatan

Assalamualaikum uolsss... baru entry ke dua. Padehal banyak lagi nak cite mengenai aktiviti QE/5S kumpulan Nilam kitorang. Perlahan-lahan dulu la yer. 


Ok entry kali ni tentang Pensijilan QE/5S oleh MPC untuk Pusat Kesihatan UiTM. Actually hari tu adelah hari pra audit. Tapi selepas auditor sangat berpuas hati ke tempat kami, maka auditor pon cakapla utk next hari audit takde pon xpe. Sebab hari pra audit ni pon da cukup perfect dh utk audit.. fuiiyooo time kasih en auditor. Alhamdulillah terima kasih. hihihihi.


Sebelum pensijilan macam-macam perasaan kitorang ade. Bedebar, nervous, takot, gembira, excited semua adala. Persiapan pon jangan cakaplakan. Semua staf sibuk dengan kerja dan tugas masing-masing. Tabik spring kat semua kawan-kawan saya kat Pusat Kesihatan nih. 


Kumpulan gendang dari PK. Lebih kurang dua minggu jugak diorang pergi buat latihan di Pusat Kebudayaan. Lepas ni sape sape nak tempah boleyla panggil diorang. hihihi 

 Barisan-barisan Jawatankuasa yang semangat menantikan ketibaan Auditor. berdiri di depan sekali ialah our big boss PK, Dr Zaiton Nasir.

 Auditor da sampai! Beliau ialah Tuan Hj Omar

 Pengacara pada haritu ialah Dr Sahari. U are the best doc!

 JK Pemandu QE/5S yang tengah diaudit. hihihi. 

 Auditor tengah audit bilik fail

 Di bilik stor

 Di bilik sumber

 Di bilik pergigian

 Ruang farmasi

 Di makmal

 Di kanter pendaftaran

 Di bilik konsultasi Doktor

 Di sick bay


Alhamdulillah, akhirnya penat lelah staf berbaloi setelah kami memenangi markah lebih 85% dan selayaknya masuk ke konvensyen. TQ kepada semua staf Pusat Kesihatan.