Tuesday, November 29, 2016

Latihan membuat label alatulis di laci padestel

Pada 28 November 2016, Pn Nafsiah dan Pn Hidayah telah memberikan tunjukajar kepada staf baharu iaitu En Mohd Razis cara membuat label alatulis di laci padestel.

En Razis telah menggunakan kotak recycle sebagai menggantikan shelf divider untuk diletakkan alatulis tersebut.







Gambar laci sebelum label

Gambar laci selepas label

Gotong Royong Kumpulan Nilam November 2016

Dua hari sebelum audit dalaman diadakan, kumpulan nilam telah mengadakan gotong royong pembersihan kawasan. Kawasan yang dibersihkan ialah bilik utiliti, pantry, kawasan pejabat,  bilik mesyuarat dan lain-lain.















Monday, November 28, 2016

Majlis Perpisahan Pn. Erazni Omar dari Pusat Kesihatan

Selepas meraikan jamuan perpisahan Pn. Erazni dari kumpulan Nilam, dua hari kemudian iaitu 28 Oktober 2016, Kelab Kekitaan Pusat Kesihatan juga mengadakan jamuan beliau. Majlis diadakan pada pukul 2.30 petang bertempat di Bilik Mesyuarat Pusat Kesihatan. Pejabat Kumpulan Nilam telah memberi hadiah pada Pn. Erazni iaitu satu set tupperware. Kelab Pusat Kesihatan dan kumpulan zamrud juga telah memberi hadiah pada beliau.





Majlis Perpisahan Pn. Erazni Omar dari Kumpulan Nilam

Pada 27 Oktober 2016 yang lepas, kumpulan Nilam telah mengadakan jamuan perpisahan kerana beliau akan berhenti dari UiTM Shah Alam dan berpindah ke Pusat Kesihatan UPNM berkuatkuasa pada 1 November 2016. Oleh itu, kumpulan Nilam telah mengadakan jamuan makan sempena perpindahan beliau. Seperti biasa, menu potluck dari setiap ahli kumpulan Nilam. Antara menu yang dihidangkan ialah nasi beraneka lauk dan desert buah-buahan berserta aiskrim. 

Sebelum itu, ahli kumpulan Nilam telah bermesyuarat iaitu membincangkan dapatan audit yang lepas.









Akhir kata dari Kumpulan Nilam, semoga terus berjaya ditempat baru Pn. Erzani Omar.

Wednesday, October 5, 2016

Kursus Staf Baharu dan Pemantapan Auditor QE/5S 2016

Pada 28 September 2016 bertempat di Bilik Mesyuarat Pusat Kesihatan, Jawatankuasa Induk QE/5S Pusat Kesihatan telah mengadakan kursus staf baharu dan pemantapan auditor. Ia bertujuan memberi latihan kepada staf yang baharu masuk ke Pusat Kesihatan untuk memperkenalkan sistem QE/5S di Pusat Kesihatan.  Staf baharu kumpulan nilam ialah En. Ekhwan Shafiq, Pn. Norhidayah, En. Kamaruddin, En. Hafiz, En. Fazreen dan Pn. El Leza Fatehah.



Wednesday, August 24, 2016

Gotong Royong persediaan audit dalaman PK

Pada 23 Ogos 2016, ahli Nilam telah sekali lagi bergotong royong membersihkan keseluruhan kawasan Nilam untuk menghadapi persediaan audit pada 24 Ogos 2016.





Pn Nafsiah mengemas peralatan alatulis di Stor Alatulis



Pn Siti Mahmudah, Pn Norazah dan Pn Norhidayah mengemas pantry dan surau



Pn Norhidayah dan En Kamaruddin mengemas Unit Pentadbiran





Tuesday, August 23, 2016

Gotong Royong Stor dan Bilik Sumber

Pada 17 Ogos 2016, Nilam telah mengadakan aktiviti gotong royong terutama di Setor Alatulis, Bilik Utiliti dan Bilik Sumber.

Aktiviti ini diadakan sebagai persiapan menghadapi audit dalaman yang akan dijalankan pada 24 Ogos 2016.

\
Penyusunan semula buku rawatan staf







Menyusun semula risalah kesihatan dan plak serta penghargaan yang diterima







Menyusun semula barang-barang yang terdapat di Bilik Utiliti