Monday, March 28, 2016

Majlis Perpisahan En Khairul Anam

Pada 29 Januari 2016, kumpulan telah mengadakan majlis perpisahan untuk En Khairul Anam yang akan berhenti dari UiTM serta Dr Nik Kamarudin, Dr Shairul'azam dan Dr Dzulkifli yang akan bertukar ke kumpulan Zamrud.

Hadiah penghargaan telah diberikan sempena menghargai jasa mereka. Terima kasih ex Nilam...




Pada petang pula, satu majlis perpisahan untuk En Khairul Anam telah diadakan oleh Kelab Pusat Kesihatan sempena meraikan beliau yang akan berpindah keluar dari UiTM ke Majlis Bandaraya Ayer Keroh Melaka.



Pengarah menyampaikan ucapan perpisahan dan selamat maju jaya





Penyampaian hadiah dari Kelab Pusat Kesihatan



Penyampaian hadiah dari Kumpulan Nilam






Gambar bersama-sama staf Unit Kesihatan Awam




Punch out terakhir En Anam...Selamat Maju Jaya diucapkan


Gotong Royong Mengemas Kabinet dan Mengecat Bilik Gym lama

Pada 24 Februari 2016, kumpulan telah mengadakan aktivti gotong royong untuk mengemas kabinet plak dan penghargaan yang diterima dari pelawat ke Pusat Kesihatan.  Kabinet itu akan dilupuskan kerana telah rosak.






Kumpulan juga telah mengadakan gotong royong untuk mengecat bilik Gym lama untuk dijadikan penempatan sementara bagi Unit Pengurusan Klinik Panel.  Unit tersebut telah diserahkan kepada Pusat Kesihatan mulai 1 Mac 2016.








Wednesday, March 16, 2016

Audit Perjawatan

Pada 10 Disember 2015, Pusat Kesihatan telah menerima lawatan audit perjawatan dari Pejabat Pendaftar.  Audit ini dijalankan untuk mengenalpasti dan memastikan jumlah staf di Pusat Kesihatan adalah cukup atau melebihi.


Puan Lisa selaku Ketua Audit telah menemubual Pengarah dan Ketua Unit Perubatan


Pn Haszlina, Pn Hafizah dan En Helmi juga telah ditemubual


En Rasid dari Unit Kesihatan Awam juga ditemubual


En Saiful, Puan Norazah dan Pn Siti Mahmudah dari Unit Pentadbiran juga telah ditemubual


Pengarah menyampaikan cenderahati kepada Puan Lisa


Terima kasih kepada semua auditor

Gotong Royong Melupuskan Rekod Yang Telah Ditutup

Pada 11 Mac 2016, kumpulan telah bergotong-royong untuk merincih semua dokumen rekod pelupusan yang telah ditutup.  Sebanyak 12 kotak dokumen telah dirincih setelah mendapat kebenaran dari Jabatan Arkib UiTM.  Kumpulan mengambil inisiatif untuk merincih dokumen tersebut sendiri dari menghantar ke Pejabat Bendahari untuk pelupusan.








Perincihan telah dilakukan di Unit Makmal menggunakan mesin perincih unit tersebut.

Audit MPC

Pada 30 Disember 2015, pihak MPC diwakili oleh Tn Hj Omar Othman telah hadir untuk menjalankan audit pensijilan Amalan Persekitaran Berkualiti (5S) ke Pusat Kesihatan UiTM Shah Alam.  Walau bagaimanapun, pada kali peluasan skop pensijilan dibuat untuk Unit Kesihatan UiTM Puncak Alam dan Puncak Perdana.


Tn Hj Omar memberikan kata aluan




Sesi audit diteruskan ke unit pentadbiran




Audit di Stor Alatulis



Audit di Bilik Fail


Sesi penggulungan oleh Tn Hj Omar..Alhamdulillah...Pusat Kesihatan UiTM Shah Alam, Unit Kesihatan Puncak Alam dan Puncak Perdana telah layak untuk menerima Sijil Pengiktirafan Amalan Persekitaran Berkualiti selama setahun lagi iaitu mulai 30 Disember 2015 hingga 29 Disember 2016

Tahniah kepada semua staf Pusat Kesihatan


Cenderahati disampaikan oleh Pengarah Pusat Kesihatan kepada Tn Hj Omar

10 RIBU LANGKAH PUSAT KESIHATAN UiTM

Kelab Kekitaan Pusat Kesihatan UiTM telah mengadakan program 10 ribu langkah di Taman Tasik Shah Alam Seksyen 7. Program ini diadakan setiap bulan sepanjang tahun 2016. Peserta yang memberi komitmen setiap bulan akan mendapat hadiah ganjaran pada hujung tahun. Letssss go team PK ;)