Pada 8 Januari 2018, kumpulan telah mengadakan aktiviti gotong royong membersihkan keseluruhan Nilam bagi persediaan audit EKSA yang akan dijalankan pada 10 Januari 2018.
Barang-barang recycle yang telah dikumpulkan juga telah dijual pada hari tersebut.
Pada 4 September 2017, ahli kumpulan Nilam telah terlibat dalam urusan pemeriksaan kesihatan bagi pelajar-pelajar baharu MBBS dan DS sesi September 2017.
Walaupun, tarikh itu jatuh pada hari cuti peristiwa semua staf telah bekerja dengan seikhlas hati bagi menyelesaikan urusan tersebut. Seramai 276 orang pelajar baharu telah menjalankan pemeriksaan kesihatan pada tarikh tersebut.
Pada 21 Ogos 2017 Nilam telah mengadakan aktiviti gotong royong khas untuk mengemas barang-barang di Bilik Utiliti yang kebanyakannya adalah stok barang kursus CPD dan kursus yang lain.
Suratkhabar dan kertas terpakai yang lain juga turut dikumpul untuk dijual.
Pada 5 Ogos 2017, satu sesi Bengkel Keselamatan Kebakaran telah diadakan kepada semua staf Pusat Kesihatan.
Tujuan bengkel ini diadakan untuk memberi kesedaran kepada semua staf terutamanya pasukan ERT (Emergency Response Team) tentang bagaimana persiapan untuk menghadapi situasi sekiranya berlaku kebakaran atau kecemasan lain.
Terima kasih kepada abang-abang bomba dari Balai Bomba Seksyen 15 Shah Alam.
Sesi demonstrasi menggunakan pemadam api (fire extinguisher)