Tuesday, December 9, 2014

Gotong Royong Persediaan Audit MPC

Assalamualaikum dan mornink uols....;-)

Semalam iaitu pada 8 Disember 2014, Nilam sekali lagi mengadakan perbincangan dan aktiviti gotong royong sebagai persediaan pensijilan audit MPC yang akan diadakan pada 10 Disember 2014.

Selepas taklimat oleh ketua kumpulan, mesyuarat diteruskan dengan perkongsian ilmu dari En Roslanshah AJK Latihan kumpulan mengenai bagaimana cara-cara capaian untuk link blog Nilam dari desktop masing-masing.



 En Roslanshah menunjukkan cara capaian link blog Nilam, khusyuk tawaduk kakak2 mendengarnya...hihi


Capaian blog Nilam

  
Ketua memberi penerangan ringkas

Selepas taklimat aktiviti diteruskan dengan gotong royong kumpulan dimulakan dengan menyusun rak plak dan piala penghargaan atau anugerah yang telah dicapai oleh staf Pusat Kesihatan


Pn Nafsiah, Pn Siti Mahmudah dan Pn Norazah membersihkan rak dan menyusun piala

  
Piala kemenangan terbaru dari MPC iaitu anugerah Johan Sektor Badan Berkanun 
Kategori Persekutuan dan anugerah Emas


Tahniah juga diucapkan atas kemenangan anugerah tersebut di Konvensyen Team Excellence Kebangsaan 2014 oleh kumpulan Elite Pusat Kesihatan bertempat di KLCC pada 24-26 November 2014 yang lalu.

Kumpulan Elite yang diwakili oleh majoriti kumpulan Nilam iaitu Dr Zaiton,  
Dr Shairul'azam, Dr Dzulkifli, Matron Siti Katijah, Pn Haszlina dan En Helmi bersorak 
di atas kemenangan.  Seribu tahniah diucapkan di atas kejayaan kali ke 2....

Neng-neng membersihkan kawasan tangga stor abate... cayolah...

Chip neng beriya-iya mengemop...hehe

 Neng vogue membersihkan kesan lumut dan kekotoran di tingkap...

Alhamdulillah, semua aktiviti dapat dilaksanakan seperti yang dirancang.  

Semoga Pusat Kesihatan terus unggul dalam kejayaan aktiviti QE5S dan berjaya mendapat pensijilan semula dari MPC...amin..



No comments:

Post a Comment