Thursday, November 19, 2015

International Convention On Quality Control Circles (ICQCC) 2015

Pada 5 hingga 8 Oktober 2015 yang lalu, Pusat Kesihatan UiTM Shah Alam telah terpilih oleh MPC untuk menyertai International Convention On Quality Control Circles (ICQCC) di Gyeongnam Korea sempena kejayaan menjuarai Pertandingan QE5S peringkat Badan Berkanun pada tahun lepas.

Seramai 5 orang peserta yang majoriti wakil adalah dari kumpulan Nilam iaitu Dr Zaiton Nasir, Dr Dzulkifli Sahlan, Pn Haszlina Bujang, En Helmi Shahrul Johari dan juga Dr Hasanah Bahar. Kumpulan ini dinamakan ELITE dan telah membentangkan projek yang bertajuk CLIS (Clinic Information System).




 Dr Zaiton, Dr Hasanah dan Dr Dzulkifli sebagai pembentang projek


En Helmi menjaga slide projek



Alhamdulillah, kumpulan Elite telah memenangi Anugerah Perak dalam konvensyen tersebut. 

Tahniah diucapkan kepada Elite kerana telah mengharumkan nama kumpulan, Pusat Kesihatan dan UiTM seluruhnya.







No comments:

Post a Comment