Thursday, November 19, 2015

Aktiviti Mengemas Makmal Baru

Pada 3 November 2015, kumpulan Nilam telah mengambil inisiatif untuk membantu ahli kumpulan Zamrud terutamanya staf di Bahagian Makmal untuk berpindah ke bangunan baru.

Semua staf telah bergotong royong membantu mengalihkan peti ais yang bersaiz besar ke makmal baru.






Ahli kumpulan Nilam bersama-sama membantu mengemaskan peralatan dan
barang-barang makmal









Meneliti barang-barang dari makmal lama untuk dipindahkan







Aktiviti mengemas ini diteruskan lagi pada 5 November 2015 iaitu membantu membuat
stiker peralatan untuk ditampalkan di laci peralatan










Gotong Royong Mengemas Kabinet

Pada 12 Oktober Kumpulan Nilam telah menjalankan aktiviti pembersihan keseluruhan kawasan Nilam termasuklah alas meja di bilik mesyuarat.








 Terdapat sisa-sisa tahi cicak dan kesan solutape dijumpai di dinding luar bilik mesyuarat..



 Meja dialas dengan plastik supaya kain alas meja tidak cepat kotor





Dr Dzulkifli menunjukkan cara menanggalkan skru dari plak perhargaan yang diterima



Aktiviti mengemas plak dan penghargaan yang diterima dari jabatan luar.  













Pemandangan kabinet yang telah dikemaskini




International Convention On Quality Control Circles (ICQCC) 2015

Pada 5 hingga 8 Oktober 2015 yang lalu, Pusat Kesihatan UiTM Shah Alam telah terpilih oleh MPC untuk menyertai International Convention On Quality Control Circles (ICQCC) di Gyeongnam Korea sempena kejayaan menjuarai Pertandingan QE5S peringkat Badan Berkanun pada tahun lepas.

Seramai 5 orang peserta yang majoriti wakil adalah dari kumpulan Nilam iaitu Dr Zaiton Nasir, Dr Dzulkifli Sahlan, Pn Haszlina Bujang, En Helmi Shahrul Johari dan juga Dr Hasanah Bahar. Kumpulan ini dinamakan ELITE dan telah membentangkan projek yang bertajuk CLIS (Clinic Information System).




 Dr Zaiton, Dr Hasanah dan Dr Dzulkifli sebagai pembentang projek


En Helmi menjaga slide projek



Alhamdulillah, kumpulan Elite telah memenangi Anugerah Perak dalam konvensyen tersebut. 

Tahniah diucapkan kepada Elite kerana telah mengharumkan nama kumpulan, Pusat Kesihatan dan UiTM seluruhnya.