Tuesday, December 29, 2015

Perbincangan dan gotong royong kumpulan bulan Disember

Pada 29 Disember 2015, kumpulan telah mengadakan perbincangan dan gotong royong sempena Audit Semula Pensijilan QE5S oleh pihak MPC pada 30 Disember 2015.

Aktiviti dimulakan dengan perbincangan ahli kumpulan





Gotong royong membersihkan surau perempuan dan surau lelaki










Mengemas poster Kempen Kesihatan di ruang legar Sudut Informasi






Mengecat bangunan luar Pusat Kesihatan






Projek Buku Catatan Harian Staf Pusat Kesihatan

Susulan dari audit perjawatan yang telah dijalankan di Pusat Kesihatan pada 10 Disember 2015 yang lalu, Pengarah telah memutuskan bermula dari tahun 2016 semua staf diminta menulis aktiviti dan tugasan harian masing-masing di dalam Buku Catatan Harian Staf Pusat Kesihatan.  Ini adalah bertujuan untuk menjadikan staf Pusat Kesihatan lebih berdisiplin dan peka terhadap tugas masing-masing.

Kumpulan Nilam telah  mengambil inisiatif untuk membuat Buku Catatan Harian Staf Pusat Kesihatan menggunakan kreativiti sendiri.  Kertas helaian di dalam buku juga menggunakan kertas yang diambil dari Unit Percetakan .






\








Alhamdulillah buku ini dapat disiapkan dengan pantas.  Buku ini juga telah dapat diserahkan kepada semua staf Pusat Kesihatan oleh Pengarah Pusat Kesihatan pada perhimpunan bulanan Disember yang diadakan pada 23 Disember 2015.

Syabas diucapkan kepada semua ahli kumpulan.

Tuesday, December 1, 2015

Etika Menjawab Panggilan Telefon

Pada 24 November yang lepas, Puan Pengarah telah meminta semua telefon di Pusat Kesihatan ditampal dengan etika menjawab panggilan telefon.  Etika tersebut perlu diselaraskan di semua Pusat Kesihatan.

Kumpulan Nilam telah memulakan operasi dengan menaip etika tersebut dan mencetak pada sticker bersaiz A4.  


Sticker Etika Menjawab Panggilan Telefon



Etika yang lama disisihkan


Sisihkan kesemua stiker lama yang ada


Etika menjawab panggilan telefon diletakkan di setiap telefon yang ada di kesemua kawasan Nilam

Inovasi Slot Kad Petak Alatulis

Pada 27 November yang lepas, kumpulan telah mengadakan perbincangan mengenai masalah petak kad petak untuk peralatan alat tulis di dalam Stor Alatulis yang diutarakan oleh Puan Nafsiah. Sebelum ini kad petak tersebut telah diletakkan di dalam keratan poket fail yang lama.  Masalah yang dikenalpasti ialah poket fail tersebut cepat terkoyak dan tercabut oleh kerana benanan kad petak yang diletakkan.

Gambar perbincangan ahli kumpulan



Gambar poket kad petak sedia ada


Oleh yang demikian, satu inovasi telah dihasilkan iaitu slot kad petak.  Plastik laminate bersaiz A3 digunakan untuk dijadikan slot seperti kad perakam waktu.  Kad ini boleh diletakkan di setiap tingkat secara berlapis.

Gambar draf slot kad petak


Proses Penghasilan Inovasi Slot Kad Petak



1. Plastik laminate dibahagikan kepada 10 garisan untuk diletakkan 10 keping kad petak



2.  Plastik dipotong keratan mengikut garis yang disediakan


3.  Plastik dilekatkan mengikut garisan yang dilakar menggunakan mesin sealent



4.   Plastik laminate bersaiz A4 digunakan untuk menampal bahagian hadapan kad petak                   di sebelah bawah


5. Nama peralatan alat tulis ditampal di kad petak



Slot kad petak yang telah siap


Slot kad petak ditampal di bahagian dalam kabinet peralatan alatulis


Alhamdulillah, satu lagi inovasi telah dapat dihasilkan oleh kumpulan Nilam.  Dengan adanya inovasi ini, susunan kad petak nampak lebih teratur, tersusun dan kemas serta mudah dilihat.  Tiada kos diperlukan untuk penghasilan inovasi ini kerana ianya menggunakan peralatan sediada di pejabat.  Terima kasih kepada semua ahli yang terlibat.

Gambar Slot Kad Petak Yang Baharu