Tuesday, December 1, 2015

Inovasi Slot Kad Petak Alatulis

Pada 27 November yang lepas, kumpulan telah mengadakan perbincangan mengenai masalah petak kad petak untuk peralatan alat tulis di dalam Stor Alatulis yang diutarakan oleh Puan Nafsiah. Sebelum ini kad petak tersebut telah diletakkan di dalam keratan poket fail yang lama.  Masalah yang dikenalpasti ialah poket fail tersebut cepat terkoyak dan tercabut oleh kerana benanan kad petak yang diletakkan.

Gambar perbincangan ahli kumpulan



Gambar poket kad petak sedia ada


Oleh yang demikian, satu inovasi telah dihasilkan iaitu slot kad petak.  Plastik laminate bersaiz A3 digunakan untuk dijadikan slot seperti kad perakam waktu.  Kad ini boleh diletakkan di setiap tingkat secara berlapis.

Gambar draf slot kad petak


Proses Penghasilan Inovasi Slot Kad Petak



1. Plastik laminate dibahagikan kepada 10 garisan untuk diletakkan 10 keping kad petak



2.  Plastik dipotong keratan mengikut garis yang disediakan


3.  Plastik dilekatkan mengikut garisan yang dilakar menggunakan mesin sealent



4.   Plastik laminate bersaiz A4 digunakan untuk menampal bahagian hadapan kad petak                   di sebelah bawah


5. Nama peralatan alat tulis ditampal di kad petak



Slot kad petak yang telah siap


Slot kad petak ditampal di bahagian dalam kabinet peralatan alatulis


Alhamdulillah, satu lagi inovasi telah dapat dihasilkan oleh kumpulan Nilam.  Dengan adanya inovasi ini, susunan kad petak nampak lebih teratur, tersusun dan kemas serta mudah dilihat.  Tiada kos diperlukan untuk penghasilan inovasi ini kerana ianya menggunakan peralatan sediada di pejabat.  Terima kasih kepada semua ahli yang terlibat.

Gambar Slot Kad Petak Yang Baharu








3 comments:

  1. Terbaik!! Anda Berjaya membentuk kumpulan yang sentiasa bekerjasama mempraktikkan kaizen di tempat kerja. Teruskan aktiviti tersebut.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih yang tidak terhingga kami ucapkan..Insyaallah aktiviti kaizen dan inovasi akan kami teruskan untuk kebaikan Pusat Kesihatan.

    ReplyDelete
  3. huhu...mintak contoh yer kak...sye kne wat stok stor sekolah..berselerak dan x de idea cmno nak buek...

    ReplyDelete