Tuesday, December 29, 2015

Audit Luar Amalan Persekitaran Berkualti QE5S Pusat Kesihatan

Pada 9 Disember yang lepas, En Talib Samad Jamil dan En Ahmad Harmaini dari Institut Latihan Universiti , Kg Gajah Perak telah dijemput sebagai auditor luar bagi Amalan Persekitaran Berkualiti QE5S Pusat Kesihatan.

Kehadiran beliau telah diraikan dan disambut oleh Ahli Jawatankuasa Pemandu QE5S Pusat Kesihatan.  Mereka telah dibawa ke Bilik Mesyuarat untuk mendengar kata-kata aluan dan taklimat QE5S yang disampaikan oleh Pengarah Pusat Kesihatan.


Seterusnya ucapan balas dari En Talib Abdul Samad Jamil.


Aktiviti audit diteruskan ke Unit Pentadbiran, bilik fail dan bilik stor peralatan meliputi 
kawasan Nilam.







En Ahmad Harmaini Ali telah menjalankan audit dokumen bagi keseluruhan dokumen Pusat Kesihatan.

Audit berakhir pada jam 3.30 petang dengan sesi penggulungan dari auditor jemputan.


Jutaan terima kasih diucapkan kepada para auditor jemputan di atas perkongsian idea dan maklumbalas yang diberikan.  Semoga Pusat Kesihatan dapat melaksanakan audit pensijilan semula Amalan Persekitaran Berkualiti dari pihak MPC dengan jayanya.

No comments:

Post a Comment